1:
ILMU DAN MAKRIFAT
Wahai
yang tidak aku kenali
ku
panjat gunung yang tinggi
sangkaku
Engkau berada di puncaknya
namun
tidak ku temui Engkau di sana.
Lalu
aku terjun dari puncak gunung
jika
Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.
Tangan
Kudrat Iradat-Mu menyambar ku
aku
terbang dengan sayap Rahmani-Mu
mengembara
ke seluruh alam maya
namun
tidak ku temui Engkau di dalam alam.
Hatiku
mengatakan Engkau ada
lalu
aku keluar daripada alam
dan
aku terjun ke dalam hatiku.
Di
sana aku temui kebodohanku
bodohnya
aku menyangka akulah Aku
sedangkan
Dia jualah Aku
dan
aku tiada beserta Dia.
Bila
aku tiada beserta Dia
tinggallah
Dia sendirian
rindulah
Dia kepada diriku
lalu
Dia terjun ke dalam hatinya
di
sana Dia berjumpa Aku
Aku
menyambutnya dengan tersenyum.
Aku
dan Dia
Dia
dan Aku
bukan
dua dan bukan Satu
satu
masih berbentuk
masih
berjarak titik atas dengan bawah
sedangkan
Aku dan Dia
tiada
antara
bukan
juga titik yang halus
titik
yang halus masih menempati ruang
sedangkan
Aku dan Dia
tiada
rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.
Aku
adalah Dia
Dia
adalah Aku
tiada
beza antara Aku dan Dia
bila
aku cuba mengenali Dia
aku
tidak kenal lagi diriku
aku
tidak kenal lagi diri Dia
bila
dia cuba mengenali diriku
dia
tidak kenal lagi dirinya
dia
tidak kenal lagi diriku.
Tiada
lagi kenyataan
tiada
juga keghaiban.
Pengenalan
sebenar adalah tidak kenal
pengetahuan
sebenar adalah tidak tahu.
Aku
adalah rahsia Dia
Dia
adalah rahsia Aku
usah
diganggu rahsia ini.
|
2:
PENCARIAN
Paling
aku tidak mengerti
bagaimana
mahu menyeru-Mu
jika
nama juga hijab
antara
Engkau dengan aku.
Engkau
esa
tiada
hijab menemani Mu
mana
mungkin Engkau terhijab.
Berapa
banyak hati sudah hancur luluh
dalam
merindui Mu
berapa
banyak fikiran telah berkecai
dalam
mencari Mu.
Engkau
dekat
tetapi
bila didekati Engkau menjauh
bila
berhenti Engkau melambai
bila
dikejar Engkau menjauh kembali.
Bila
aku di tangga rumah Mu
Engkau
menutup pintu
bila
aku undur
Engkau
membuka jendela
bila
aku mengintai
Engkau
melabuhkan langsir.
Dalam
kepayahan ini
daku
perlukan penawar
penawar
itu ada pada tangan Mu
namun
aku malu menghulurkan tanganku yang cemar
untuk
disambut oleh tangan Mu yang suci.
Aku
tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman
kerana
aku tidak pernah membuktikan kesetiaan sebagai sahabat
namun
hatiku gila kepada Mu
tetapi
aku malu memanggil Engkau kekasih
kerana
aku tersangat hodoh dan hina.
Janganlah
Engkau murka
lantaran
si hodoh dan hina ini mengasihi Mu.
Wajahku
yang hodoh dan hina
tidak
layak Engkau tatapi
Wajah
Mu yang cantik berseri
tidak
layak aku tatapi
di
atas tangga rumah Mu aku terlena
dengan
harapan mataku tidak terbuka lagi
kerana
aku tidak tahan merindui Mu.
Izinkan
daku bermalam di tangga rumah Mu
dan
memejam mataku di situ
agar
apabila Engkau membuka pintu
Engkau
memandang kepada ku
walaupun
daku tidak memandang kepada Mu.
|
3:
PENCARI
Daku
terbang mencari Mu
lalu
aku dipanah oleh pemanah
cederalah
dadaku
adakah
begini nasib si pencari Mu?
Jika
Engkau bertanya apakah yang daku mahu
jawapanku
hanya satu: Engkau, semata-mata Engkau.
Selamatkan
daku dari anak panah
supaya
aku terus kuat terbang kepada Mu.
Engkau
Pemilik keteguhan
masukkan
daku ke dalam benteng keteguhan Mu
agar
daku menjadi teguh
tiada
anak panah mencederakan daku.
Janganlah
sesiapa menggangu daku
biarkan
daku bersama yang ku kasih
sehingga
Dia mengizinkan
daku
menyertai kalian.
|
4:
ILMU DAN MATLAMAT
Daku
terbang dengan sayap Rahmani Mu
Menggalas
ilmu di atas belakang
Agar
daku tidak sesat di jalanan
Tapi
ilmu ini amat membebankan daku
Hingga
daku tidak terdaya terbang tinggi
Izinkan
daku mencampakkan ilmu ke bumi
Biar
sayap Rahmani Mu sendiri membawa ku pergi
Sesuka
dan semahu Mu.
Engkau
ciptakan daku hanya untuk Mu
Maksud
dan tujuan ku hanyalah Engkau
Sampaikan
daku kepada tujuan penciptaan dan matlamat ku.
|
5:
DOSA, KEBAIKAN DAN YANG HAK
Aku
kumpulkan sekalian dosa-dosa ku
yang
menghimpit jiwaku
aku
melihat seluruh dunia adalah dosa
izinkan
daku
meletakkan
segala dosa di bawah tapak kaki ku.
Aku
hadapkan pandangan kepada kebaikan
bila
daku melihat diriku yang baik
berdatangan
diri-diri lain menghijab
izinkan
daku
meletakkan
segala kebaikan di bawah dosa-dosa.
Aku
berhadapan dengan keinginan-keinginan
tanpa
dosa jiwa belum tenang
keinginan-keinginan
mengheret kepada kegelisahan
tidak
sabar.
Wajah
keinginan memperlihatkan ego diri
takutkan
kesusahan dan kehinaan.
Keinginan
adalah dosa sebenar
dosa-dosa
lain adalah anak-anaknya
walaupun
anak-anak dikuburkan
ibu
akan terus melahirkan anak-anak baharu.
Bagaimana
menghapuskan keinginan
bukankah
ia adalah diriku sendiri.
Aku
melihat kepada diriku
terasa
kesamaran di sebalik diri yang berkeinginan
dalam
kesamaran itu
wujud
diri yang suci murni
tanpa
keinginan.
Ia
tidak dikurung oleh jasad
tiada
ruang
tiada
zaman.
Ia
sentiasa damai dan tenteram
namun
ia tidak diberi kesempatan
untuk
memperlihatkan wajahnya.
Kuburkan
diri yang berkeinginan!
begitulah
ucapan Mu yang ku dengar.
Bila
daku mendengar ucapan Mu
aku
melihat diri ku berada di tengah-tengah
di
antara Engkau dan diri yang berkeinginan
aku
melihat
diri
yang berkeinginan itu bukanlah diriku yang sejati
ia
hanyalah bayang-bayang yang muncul
dari
pancaran cahaya Mu kepadaku yang terhijab
mengapa
kepada bayang penglihatan ku tertuju
sedangkan
Engkau adalah cahaya
dan
aku yang menerima cahaya
bayang
adalah kegelapan
mengapa
terpesona dengan kegelapan.
Engkau
terangi daku dengan cahaya Mu
untuk
ku kenali diriku
agar
pengenalan itu membuatku melihat cahaya Mu
dan
mengetahui bahawa cahaya Mu yang paling nyata
sedangkan
aku dan lain-lainnya
adalah
zarah-zarah yang terapung-apung
di
dalam angkasa raya cahaya Mu.
Cahaya
Mu yang tanpa warna tanpa rupa
adalah
kebijaksanaan tanpa tara
dengannya
segala menjadi nyata.
Sekalian
wajah-wajah adalah cermin wajah Mu
cermin
itu adalah keindahan
keindahan
adalah bayangan wajah Mu
keindahan
adalah rasa hati
bukan
bentuk bukan rupa
apabila
hati mesra di dalam keindahan Mu
itulah
penatapan wajah Mu
bulat,
leper, atau panjang
putih,
kuning atau hijau
kelmarin,
hari ini atau esok
semuanya
tidak menjadi soal
pada
hati yang melihat keindahan wajah Mu.
Hati
itulah rahsia besar.
Pandanglah
Tuhan tanpa menggunakan mata
Dia
tidak pernah bersembunyi
dengarlah
ucapan tanpa menggunakan telinga
Dia
tidak pernah berhenti berkata-kata.
|
6:
KERAGUAN
Engkau
ajukan pertanyaan:
mengapa
fikiranmu bersimpang siur
mengapa
dukacita tidak terlepas daripadamu.
Wahai
Pelindung diriku
apabila
aku mendatangi Mu dengan diriku
aku
kecundang
fikiranku
tidak bisa menjurus
jiwaku
tidak bias tenang
keraguan
tidak terpisah dari diriku.
Pengalaman
ini membuatku mengerti
mengenali
Mu bukanlah dengan diriku
pengenalan
Mu adalah dengan Diri Mu.
Cahaya
Mu yang menyatukan segala fikiran
cahaya
Mu yang membakar segala kerisauan.
Daku
bukakan hatiku sambil memohon:
wahai
ar-Rahman!
penuhilah
hatiku dengan cahaya Mu
tanpa
cahaya Mu mana mungkin daku melihat Mu.
|
|
7:
RAHSIA
Bagaimana
hendak ku serahkan
zat
rahsiaku kepada-Mu?
ini
adalah persoalan besar.
Engkau
ucapkan:
katakanlah:
Roh adalah urusan Tuhanku.
Rahsia
adalah rahsia
mana
boleh diterka
hanya
daku perlu meyakini
ia
adalah urusan Tuhanku
mengapa
aku cuba memikul urusan Tuhan
serahkan
hak Tuhan kepada Tuhan..
Wahai
Tuhanku
Engkau
mengetahui zat rahsiaku
daku
sendiri tidak mengetahuinya
tanpa
pengetahuanku tentangnya
daku
serahkannya kepada Mu
terimalah,
terimalah, terimalah
daku
tidak hairan
bagaimana
Engkau menerima zat rahsiaku
kerana
Engkau yang paling rahsia
Pemilik
segala rahsia.
|
8:
PENYERAHAN
Engkau
berdiri dengan sendiri
Engkau
mutlak
tiada
yang lain mampu mempengaruhi-Mu.
Engkau
Maha Perkasa
Engkau
kembangkan payung keperkasaan-Mu
melindungi
yang lemah dan tidak berdaya
akulah
yang lemah dan tidak berdaya itu
di
bawah paying keperkasaan-Mu daku bernaung
Engkau
sekali-kali tidak akan menolak
para
hamba yang menyerah diri kepada-Mu.
Alangkah
mudahnya
bila
segala sesuatu diserahkan kepada-Mu
dan
yakin Engkau menerimanya
Engkau
tidak pernah letih atau lalai
tidak
mengantuk tidak tidur
tidak
bosan menguruskan hal hamba-hamba-Mu.
Wahai
Pelindung diriku
penyerahan
adalah kelapangan
penyerahan
adalah kedamaian
penyerahan
adalah Kesejahteraan.
Wahai
Pelindung diriku
penuhilah
hatiku dengan yakin
agar
sekaliannya kembali kepada-Mu
tanpa
sebarang sisa pada diriku.
Engkau
gemar mendengar tutur-kata hamba-hamba-Mu
Engkau
tidak jemu mendengar daku membebel
tiap
ucapanku Engkau jawab
dengan
kelembutan-Mu
wahai
al-Latiff
kami
para hamba sangat Engkau manjai
dengan
kemaha-lembutan-Mu.
|
9: ALLAH
MELIPUTI SEGALA SESUATU
Mereka
berkata alam menjadi dalil wujud Allah
aku
pandang pada alam
Allah
tidak kelihatan
mana
mungkin ada kekuatan alam
mempamer
wujud Tuhan
bukankah
Allah tidak memerlukan alam
Dia
yang zahir dan Dia yang batin
Dia
yang awal dan Dia yang akhir.
Aku
pandang ke dalam hatiku
zat
rahsiaku diterangi Rahsia Ilahi
kemudian
akau pandang kepada alam
baharu
aku melihat Cahaya-Nya meliputi alam
aku
pandang lagi kepada alam
cahaya-Nya
kembali terhijab dari pandangan
lalu
aku pindahkan alam ke dalam hatiku
aku
kembali melihat Cahaya Ilahi meliputi alam.
Cahaya-Nya
hanya boleh dipandang oleh zat rahsiaku
apabila
aku menyatu dengan zat rahsiaku
tanpa
takwil tanpa hujah tanpa terka
tanpa
ulasan tanpa kupasan tanpa huraian
hanya
yakin dan larut di dalam keyakinan
bahawa
aku tidak terpisah daripada zat rahsiaku
baharu
dapat aku saksikan Cahaya-Nya
tanpa
rupa tanpa warna
hanya
jelira di dalam yakin
sesungguhnya
Cahaya Engkau yang aku pandang.
Apa
jua yang nyata
bila
aku halakan pandangan ke sana
daku
tidak melihat wujud di situ
hinggalah
akau halakan pandangan ke dalam hati
baharulah
aku melihat wujud menyertainya.
|
10:
PENGLIHATAN
Daku
menyaksikan Engkau jualah yang berbuat segala-galanya
Engkau
hadir dalam terang dan menyamar
Sering
daku terpedaya oleh penyamaran-Mu.
Daku
panjatkan doa
Angkatkan
tabir hijab
Agar
daku sentiasa melihat-Mu
Tatkala
Engkau hadir dalam nyata atau menyamar
Tetapkan
penglihatanku kepada-Mu
Ambillah
pandangan majazi ini
Kurniakan
daku Cahaya Mu sebagai penglihatan
Agar
tidak ada yang daku pandang
Melainkan
Engkau jua yang kelihatan.
|
11:
NAFSU
Engkau
ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka
adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun
Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah
tandanya
Dunia
ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu
Tapi
nafsu kami masih juga terliur
Melihat
keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu
kami masih inginkan
Sayap
nyamuk yang sebelah itu.
Nafsu
sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali
ia menghantar isyarat
Jika
Engkau menjawab ia akan bangun
Di
kala itu Engkau akan tertawan.
Nafsu
umpama sebuah kenderaan
Enjinnya
ialah tamak
Rodanya
ialah dengki dan khianat
Seteringnya
ialah tipudaya
Bila
kenderaan ini berjalan
Ia
meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi
si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak
pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.
Nafsu
adalah sebahagian daripada dirimu
Ia
boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah
engkau sentiasa berwaspada.
|
12:ASYIK
Bila
kerinduan terhadap-Mu menguasai hati
Sirnalah
segala yang maujud
Tiada
lagi yang dapat memberi kepuasan.
|
13:
SELAWAT DAN SALAM
Burung-burung
terbang di udara tidak jatuh
Itulah
Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w
Perahu-perahu
terapung dipermukaan laut tidak tenggelam
Itulah
Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w
Hujan
membasahi bumi suburlah tumbuh-tumbuhan
Itulah
Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w
Matahari
menyinarkan cahayanya segarlah segala penghidupan
Itulah
Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w.
Engkau
sentiasa berselawat dan salam
Ke
atas kekasih-Mu, Muhamamd s.a.w
Wahai
Saidina Muhammad s.a.w
Pada
tanganmu jua terdapat cangkir air penghidupan
Air
yang membasahi tengkuk yang dahagakan kasih Ilahi.
|
14:
UJIAN
Ada
yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan
kesusahan
pada jiwa
apa
untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah
ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
apalagi
Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.
Pandanglah
ujian dengan hatimu
ujian
adalah perbuatan Tuhanmu
bukan
untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila
kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila
sudah lulus dan dipilih
Dia
bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan
kamu melintasi ujian
menjadi
dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah
keadilan-Nya.
Ujian
ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya
untuk mengukur tauhid
bukan
sekadar untuk kesabaran
apakah
nilai sabar tanpa tauhid
bukankah
sabar juga bersama si kafir.
Ujian
yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan
kekuatan pandangan hati
tidak
berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga
kepedihan ujian menjadi kemanisan.
Ujian
adalah pentas sandiwara
mempamerkan
kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila
engkau diberi watak menderita
hingga
berjaya membuat penonton menangis
ketahuilah
engkau
adalah pelakun penting
diasuh
untuk menjadi bintang
bakal
menerima ganjaran lumayan.
Apabila
engkau menjadi pelakun
apa
bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip
di tangan Tuan Pengarah.
|
15:
AKU DAN DIRIKU
Diriku
telah hilang
ghaib
di dalam gua yang dalam
gelap
gulita
puasku
mencarinya
namun
tidak ku temui
sesekali
gelibatnya melintasi di hadapan ku
bila
aku cuba memegang dia kembali menghalang.
Wahai
Yang Maha Melihat
lihatlah
betapa kasih aku kepada diriku
bila
Engkau memisahkan daku daripadanya
masih
juga daku mencari-carinya.
Maulaya,
Wahai Pelindung diriku
selamatkan
daku daripada fitnah diriku sendiri
janganlah
Engkau lepaskan daku kepada sesuatu selain-Mu
walau
sekelip mata jua
ikatkan
daku dengan rantai ubudiah
sepanjang
hayatku
agar
Engkau sentiasa esa
tiada
sesuatu menggangu keesaan-Mu.
|
16:
AKU DAN MAKHLUK
Bila
makhluk bertanya
siapakah
yang paling mulia
aku
menjawab:
akulah
yang paling mulia
aku
sangat berbangga kerana
Allah
adalah Tuhanku
Muhammad
s.a.w adalah penghuluku
ini
sudah cukup membuatku berasa kaya dan mulia.
Bila
Engkau bertanya
maka
aku menjawab:
aku
adalah yang paling hina, daif dan jahil
inilah
hamba yang faqir.
Janganlah
Engkau murka
lantaran
daku berbangga di hadapan makhluk-Mu
bila
mereka berbangga dengan pangkat, harta dan keturunan
izinkan
daku berbangga sebagai hamba-Mu.
|
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar